Nama
: Badlishah b. Shafie
No
Matrik: M20102001053
Program:
Sarjana Pendidikan (Biology)
Kursus :
SBP
6024 Technology and Inovation In teaching And
Learning
Biology
Tajuk: Integrasi ICT
dalam Pembelajaran dan Pengajaran
1.0
Pengenalan
Penulisan ini cuba untuk menjelaskan sedaya yang boleh tentang bagaimana
pengisian dan penggunaan ICT merentasi proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah boleh dilakukan secara berkesan. Proses ini tidak boleh direalisasikan jika
tiada aspirasi dan usaha kerajaan yang bersungguh sungguh sejak awal.
Aspirasi kerajaan secara asasnya adalah untuk memajukan pendidikan dan
memberi pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Berbagai peluang telah
dirancang untuk membangun pendidikan dan menyampaikan maklumat pelajaran secara
berkesan dari kanak kanak sehingga ke pendidikan dewasa, Ia merangkumi di
peringkat sekolah rendah mahupun di kolej dan university. Setelah usaha, dasar
dan rancangan diatur dengan kemas maka akhirnya guru -guru khasnya serta rakyat
amnya perlu pula memikul tanggungjawab besar untuk memakmurkan pembelajaran
dengan menggunakan berbagai teknik seperti menggunakan teknologi
elektronik yang sentiasa berkembang seperti sekarang. Pada hari ini
teknologi berasaskan elektronik menjadi pemangkin yang kuat dan berkesan
untuk menyampaikan maklumat kepada setiap individu. Seperti kita sedia maklum
bahawa sesuatu maklumat merupakan unsur pembelajaran yang boleh
berkembang dan dibangunkan dari satu tahap ke satu tahap. Kita harus
bersyukur kerana pada hari ini negara kita menjadi salah sebuah negara yang
mempunyai kecemerlangan pendidikan. Ini merupakan impak yang besar hasil dari
pendidikan yang berkesan. Perkembangan ini tidak terhenti setakat ini malah
klita sentiasa mencari kaedah- kaedah baru dan teknik- teknik baru untuk
mendidik setiap lapisan rakyat.
2.0 Apakah itu ICT?
Bila
bercakap tentang ICT perkara asas yang terlintas dipemikiran kita ialah gajet -
gajet elektronik secara am dan komputer merupakan perkara khusus. I.C.T
mempunyai maksud teknologi serta kajian teknik penyampaian dan berkomunikasi
pelbagai maklumat ( mengikut kefahaman perkataan teknik -logi).
Pada hari ini teknologi maklumat disokong kuat dengan konsep langit tanpa
sempadan dimana teknologi satelit telah memungkinkan kita mendapat maklumat
dari seberang laut dengan sekelip mata. Fenomena perkembangan pemikiran
manusia hari ini merancakkan lagi proses mempelajari sesuatu
tanpa sempadan. Jesteru itu berlakulah perkongsian idea secara berleluasa
diantara masyarakat setempat dan dunia luar. Kita tidak boleh ketinggalan
kerana perkembangan ICT berlaku dan berubah setiap masa. Dengan ini engin ICT
iaitu bahan telekomunikasi telefon, computer dan sebagainya akan
berubah selari dengan perkembangan ICT dan multimedia.
Dalam perkembangan ICT, komputer merupakan alat elektronik yang
kompleks dan mempunyai banyak keupayaan untuk menyelesai masalah. Ia sesuai
untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses dan menyebarkan matlumat
bahan pengajaran dan pembelajaran.
Komputer berkemampuan menerima dan memproses serta berkongsi berbagai
bentuk data dan matlumat yang bermakna. Komputer juga membantu pengajar
mencapai objektif pengajaran nya dan pembelajaran dengan berkesan jika
digunakan dengan sistematik dan kreatif.
Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat
menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu,
jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia
mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras
dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat
memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah
mesin memproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya.
Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan sokongan input seperti papan
kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit
pemprosesan pusat (CPU). Semua element itu merupakan element penyampai dan berkongsi
serta mengorganisasikan maklumat maklumat antara alatan kepada pengguna.
Kesimpulannya kita dapat rumuskan bahawa ICT merupakan penggunaan alat
elektronik untuk berkomunikasi diantara pengguna (manusia).
3.0 Aspirasi kerajaan dalam bidang pendidikan
Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan
teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia
(MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan,
sekolah bestari, kadpintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan
pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia.
Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi
yang membawa Malaysia kearah menjadi negara maju dan makmur (MDC, 2000).
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari
yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja
menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.
Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan
minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui
penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk
mengevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan
pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan. Impak dari
itu maka akan wujudlah hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan
masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan
dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
b .Fungsi dan peranan
ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat
pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian daripada subjek
tersebut dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
c. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan sekolah.
Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah
memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi
berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu
utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai,
usaha kerajaan akan terus dipergiat.
4.0 Memantapkan pengajaran
dan pembelajaran melalui pengggunaan ICT.
Penggunaan ICT amat sesuai digunakan untuk
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pemantapan
perlu dilihat dari segi pencapaian objektif pengajaran dalam kelas . Dari
pencapaian murid dalam pembelajaran samaada secara akademik atau
kemahiran maka akan belaku pula perkembangan dan percambahan idea.
Jesteru itu penggunaan ICT yang digunakan disekolah mampu untuk
mempercepat pemindahan ilmu.
Sebagai contoh: Menerangkan sesuatu perkara berkaitan ilmu pengetahuan
mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan memaparkan objek- objek
visual untuk perkara yang sama dengan menggunakan komputer. Guru boleh
menggunakan berbagai kaedah seperti simulasi computer. Elemen grafik yang
menarik yang dipaparkan dalam monitor. Kaedah seperti ini boleh menarik minat
murid untuk mengkaji sesuatu selanjutnya.
Guru boleh mengunakan kaedah inkuiri dengan menggunakan computer. Untuk
pendekatan tersebut guru bukan sahaja perlu celek computer malah boleh
memanupulasikan beberapa perisian aplikasi yang sedia ada secara optima. Guru
semestinya boleh mengintegrasikan, mengorganisasikan beberapa perisian
aplikasi untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran secara berkesan dan optima
.
Contohnya, guru boleh memasukkan elemen grafik yang dibina sendiri dari
aplikasi photoshop ke perisian words, animasi dari Adobe Image Ready ke
Powerpoint. Pendekatan dan usaha seperti ini menjimatkan masa dan merancangkan
langkah pengajaran secara sistematik dan bestari.
Kaedah simulasi komputer merupakan
salah satu kaedah yang kurang di beri perhatian dalam kelas semasa
pengajaran. Pihak kementerian dan sekolah perlu merancang memberi latihan
kepada kaedah-kaedah terbaik seperti ini dengan teliti agar ianya boleh digunapakai
untuk pembelajaran secara konstruktif, saintifik ikuirui , pembelajaran
penemuan dan sebagainya. Salah satu contoh ialah permainan SIM-CITY merupakan
permainan simulasi yang berkesan. Permainan aplikasi ini telah memberi
pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung kepada permainannya mengenai
pergurusan diri dan sebagainya. Simulasi seperti ini boleh menjadi satu
kaedah pengajaran yang jelas dan berjaya kepada pengguna. Mainan monopoly
dan chess juga merupakan kaedah pengajaran yang baik. Seorang pemandu
kapal terbang memulakan kemahiran menerbangkan pesawat dan telah
memulakan pelajarannya menggunakan simulasi. Alat simulasi itu merupakan
mesin elektronik yang unggul dan banyak membantu ahli penerbangan terkini .
5.0 Mencapai maklumat pelajaran serta perkongsian
matlumat.
Teknologi internet adalah
merupakan kombinasi antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini
telah berkembang dengan pesat dan memberi impak kepada pendidikan dalam
pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel
elektronik dan forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan. Kini
berbagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama
menghubung antara satu dengan lain.
Teknologi multimedia interaktif menerusi web pula adalah fenomena baru yang
semakin mendapat perhatian ramai. Pengintegrasian antara kedua-dua teknologi
membawa perubahan dalam penggunaan teknologi dan khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan media adalah bermaksud penggunaan alat dan bahan untuk
membawa mesej atau maklumat isi pelajaran yang direkabentuk untuk pengajaran
dalam kelas.
Contoh media pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM,
cakera padat, internet,komputer, VCD, papan putih, DVD dan mikrofon.
6.0 Pencarian sumber pembelajaran
biology dari internet
Internet merupakan alat yang membolehkan
guru meningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996).
Charp (2000) pula menyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif
kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan
bermain. Penyataan di atas menunjukkan bahawa internet boleh memberi impak yang positf
terhadap pembelajaran biologi dan juga matapelajaran lain di sekolah . Revolusi
internet bukan sahaja membolehkan individu mencari maklumat secara global malah
menjalin dan merapatkan hubungan manusia (kemahiran interpersonal). Guru dapat menilai kemajuan pelajaran murid di rumah melalui internet
email blog dan sebagainya. Disini tidak akan berlaku kekangan komunikasi. Malah
guru boleh menilai pelajaran melalui usaha kendiri.
(a) Komunikasi
Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan
dengan meluas. Selain itu, listservs, Newsgroups dan Chat juga merupakan
perkhidmatan internet yang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa sahaja boleh
berkomunikasi antara satusama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan
dengan internet. Melalui kajianHampton (2000) terhadap 40,456 responden di
Amerika Syarikat, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif
antara penggunaan e-mel. Kajian menunjukkan semakin kerap seseorang menggunakan
internet maka semakin kerap mereka berhubung dengan rakan atau saudara melalui
e-mel. Ini jelas menunjukkan penggunaan e-mel dapat membentuk isolasi masyarakat.
Melalui penggunaan e-mel juga, guru dan pelajar boleh
menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan
berkongsi pengalaman serta pengetahuan dan mengekalkan pembelajaranmurid.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah
):
- Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru,
ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
- Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan
teknikal.
- Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses
pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan
inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
- Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi
pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang digunakan khususnya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran yang timbuL
(b) Perolehan Maklumat
Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru dan pelajar dalam
internet.Maklumat tersebut tersedia dalam Web dalam bentuk pangkalan data,
dokumen,maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian
komputer.Kebanyakannya adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan
dapat dicapai dengan cepat. World Wide Web juga digelar Web atau WWWadalah
aplikasi internet yangberfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu
dokumen atau antara muka pengguna yang sama (Ahmad Zaharim, 2000).
Web juga mampu menggabungkan audio,
video dan juga animasi dalam satu dokumen yang lain.
Oleh itu, dokumen Web boleh dianggap sebagai sebuah dokumen multimedia. Ia juga
menjadi unsur pengetahuan yang boleh digunapakai sebagai bahan rujukan seperti
Wikipedia, Scientific Journal dan banyak lagi. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah menghantar pesanan yang
berkaitan pelajaran, penyampai dan media penyebaran maklumat. Email
memberi peluang kepada guru berkomunikasi secara dalaman dan luaran
sesama ibu-bapa, pelajar ,pihak jabatan serta kementerian.
Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan
pembelajaran teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan
penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Menghubungi agensi pusat dan swasta
serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di
gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh
dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
-Berkongsi menjalankan sesuatu
projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
-Berbincang dengan rakan dari
kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu
semasa.
-Mengalakkan perkembangan bahasa
terutama bahasa Inggeris melalui
komunikasi dengan rakan pena di
luar negara.
-Memperolehi bahan dan teknik di
dalam menyelesaikan sesuatu masalah
pelajaran secara
"on-line".
Kesimpulan
ICT merupakan platform yang terbaik
untuk pembangunan masyarakat dan negara jika ianya digunakan dengan baik,
bermoral dan konstruktif . Sebaliknya jika ianya digunakan untuk
kerosakan maka impaknya ialah ianya akan memusnahkan negara, bangsa dan
agama. Penggunaan ICT bagi tujuan pembelajaran merupakan satu langkah yang
sihat masakini.
Rujukan
:
Rozinah
Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM
Rozinah
Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and
DistribSdn Bhd
Musa
Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat, Terbitan
UPM
Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor : Kajian Pakej Pembelajaran Berasaskan Internet:
Satu Kajian Terhadap Pakej Pembelajaran Bagi Subjek Matematik diPeringkat SPM,
UM
Sunal, Smith & J. Britt (1996). Elemetary Perceive Teaacher
Use of the Internet In Designing &Teaching Social Studies Based Integrated
Units, National Council For Social Studies.Washington D.C
Zoraini
Wati Abas (1993) Komputer dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Zoraini
Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai,
pp 31.
Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses
Household
Use The Internet Survey by Malaysian Communications and Multimedia Comission
Rancangan
Malaysia KeSembilan, EPU
http://161.139.39.251/akhbar/info.tech/1996/um96a28.htm
No comments:
Post a Comment