REFLECTION -SMART BOARD


REFLEKSI TENTANG SMART BOARD

           Smart board merupakan satu program baru yang di perkenalkan kepada guru dalam kursus ini. Program ini sangat interakrif  dan memerlukan perkakasan komputer yang lebih baik untuk menjadikan ia lebih interaktif. Perkakasan itu tidak terdapat di kebanyakan sekolah dan jika ada hanya beberapa kelas sahaja yang dapat memunafaaatkannya .
          Salah satu ciri yang amat menarik dalam program ini ialah pengguna (guru ) boleh merancang pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan penggunaan skrin untuk aktiviti interaktif. Disamping itu guru boleh merangcang animasi yang menarik . Guru juga boleh meletakkan pelbagai imeg yang yang menarik untuk pelajar mempelajarinya. Walaubagaimanapun mempelajari program smart board memerlukan latihan yang banyak. Guru yang tidak cekap menggunakan komputer akan merasai  proses mempelajarinya menjadi amat rumit jika dibandingkan dengan Lecture Maker.
        Rancangan pengajaran  yang disediakan dengan menggunakan smart board boleh muat naik ke blog. Ia juga boleh disediakan dengan menggunakan Power point sebelum disalinkan ke Smart Board. Perkara yang amat menarik   ialah Smart Board boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat penilaian kendiri. Kita juga boleh menambahbaik setaip rancangan pengajaran yang telah disediakan menggunakan smart board. Kesimpulannya ialah Lecture Maker mungkin lebih  efektif  digunakan di sekolah buat masa ini.

No comments:

Post a Comment